Langkawi Wildlife Park




Terokai Langkawi Wildlife Park, taman hidupan liar berbumbung pertama di Asia! Dikelilingi flora dan fauna yang menakjubkan, taman ini mempunyai empat bahagian utama, masing-masing bertemakan habitat unik dengan lebih 20 spesies burung dari Malaysia serta lebih 150 spesies haiwan. Destinasi ini wajib dikunjungi oleh pencinta haiwan dan alam semula jadi!
Apa yang Menarik di Langkawi Wildlife Park
Nikmati keindahan burung berwarna-warni di habitat semula jadi mereka, termasuk burung nuri macaw yang menonjol dengan warna-warna menarik serta flamingo merah jambu yang bebas berkeliaran. Anda juga boleh berinteraksi dan memberi makan kepada haiwan-haiwan jinak di sini. Langkawi Wildlife Park turut menawarkan pelbagai program menarik yang memperkenalkan anda kepada haiwan-haiwan di taman ini, termasuk pertunjukan memberi makan dan persembahan haiwan yang menghiburkan.
Selepas menikmati pengalaman menarik bersama haiwan, berehatlah di kawasan rehat dan kafe kami. Jangan lupa singgah di kedai cenderamata untuk mendapatkan hadiah dan kenang-kenangan buat rakan serta keluarga! Tempah tiket Langkawi Wildlife Park hari ini!
Tarikan
- Taman burung seluas 5.5 ekar ini dibina dengan konsep yang membolehkan semua pengunjung merasai pengalaman melihat haiwan dengan jarak yang dekat, laluan yang sepenuhnya berbumbung membolehkan pengunjung melawat ketika hari yang panas atau hujan.
- Tarikan terbaru taman ini adalah sepasang Rubah Fennec yang merupakan rubah kecil yang bersifat nokturnal dan mempunyai sepasang telinga yang besar, dan biasanya dijumpai di kawasan sekitar Gurun Sahara.
- Banyak kemudahan di dalam taman ini mesra pengguna kerusi roda dan boleh diakses oleh pelawat kurang upaya, termasuk tanjakan kerusi roda dan laluan khas yang sesuai.
- Anda boleh bermain dengan haiwan-haiwan di taman dan boleh bertanya apa sahaja soalan kepada pekerja di situ. Mereka akan membimbing pengunjung sepanjang perjalanan dalam taman dan berkongsi pengetahuan tentang haiwan kepada pengunjung.
- Taman Hidupan Liar Langkawi adalah tempat yang wajib dikunjungi oleh semua peminat alam dan haiwan yang berkunjung ke Langkawi.
Jadual Makan Haiwan, Funtime & Showtime
Aktiviti | Haiwan/Pertunjukan | Masa |
---|---|---|
Animal Funtime | Funtime Iguana | 9AM |
Funtime Caiman | 10AM & 3PM | |
Funtime Raccoon | 10AM & 3PM | |
Funtime Sugar Glider | 2:30PM | |
Funtime Palm Civet | 10AM | |
Pertunjukan Haiwan | Otter Showtime | 11:30AM & 4:30PM |
Crocodile Showtime | 11AM & 4PM (Jumaat, Sabtu & Ahad Only) | |
Eagle Showtime | 11:40AM & 4:40PM | |
Animal Adventure | Snake Challenge | 11AM & 4PM |
Pony Riding | 9:30AM – 5:30PM (Kecuali Selasa) | |
Animal Feeding Time | Bird Feeding | Sepanjang Hari |
Harga Tiket Masuk Langkawi Wildlife Park
Harga tiket Langkawi Wildlife Park bermula dari:
- Tiket Masuk (Warganegara Malaysia): RM42.75
- Tiket Masuk (Pelancong Antarabangsa): RM57
Maklumat Pembelian Tiket:
- Tiket Kanak-kanak: Untuk umur 2 – 12 tahun.
- Masuk Percuma: Kanak-kanak berumur 1 tahun ke bawah.
- Tiket Warga Emas: Sah untuk individu berumur 60 tahun ke atas. Sila bawa dokumen pengesahan untuk semakan di pintu masuk.
Waktu Operasi Langkawi Wildlife Park
Dibuka setiap hari: 8:30 AM – 5:30 PM
Kemasukan terakhir: 5:00 PM
Maklumat Pelawat
- Pengesahan akan diterima semasa membuat tempahan.
- Kehilangan tiket akan ditanggung sepenuhnya oleh pelawat.
- Kanak-kanak mesti ditemani oleh sekurang-kurangnya seorang dewasa pada setiap masa.
Tiket Termasuk
- Akses ke pertunjukan haiwan, sesi memberi makan, dan sesi foto.
- Tiket masuk ke Langkawi Wildlife Park.
Tiket Tidak Termasuk
- Makanan haiwan (RM8 satu pek, tambahan pek RM8)
- Pembantu Pelancong di Zoo (RM20)
Peta
Tiket Langkawi Wildlife Park bermula dari
RM42.75