Bas Sewa Langkawi

Heavenly Travel menyediakan perkhidmatan sewa bas mewah di Langkawi untuk memenuhi segala keperluan pengangkutan anda di pulau ini. Sama ada anda bersama kumpulan untuk acara korporat, lawatan sekolah, atau percutian keluarga, pengangkutan bas moden kami menjamin perjalanan yang selesa, lancar dan selamat. Nikmati keindahan panorama Langkawi dan tarikan budaya dengan tenang, sementara kami mengurus segala urusan pengangkutan anda.

Pengesahan Segera

Nikmati proses tempahan yang pantas dan mudah, dengan jadual yang fleksibel untuk disesuaikan dengan keperluan anda.

Jadual Perjalanan Khas

Rancang itinerari percutian anda sendiri di Langkawi.

Pemandu Pelancong Berpengalaman

Tepat masa dan pemandu berpengalaman. Nikmati percutian yang menarik dan penuh santai.

Servis Bas Sewa Langkawi

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan sewaan bas yang direka untuk memenuhi semua keperluan perjalanan anda. Sama ada anda memerlukan pengangkutan yang selesa, pemandu pelancong peribadi, atau sewaan bas untuk acara korporat, kami mempunyai penyelesaian yang ideal untuk anda. Nikmati keindahan Langkawi dengan selesa dan bergaya melalui perkhidmatan bas profesional kami.

bas sewa langkawi tempat ke tempat

Penghantaran Tempat ke Tempat

Rasai keselesaan dan kecekapan perkhidmatan pengangkutan bas dari tempat ke tempat, yang direka untuk perjalanan lancar ke destinasi utama di Langkawi. Sama ada dari lapangan terbang, terminal feri, hotel, atau tarikan pelancongan popular, kami memastikan perjalanan yang selesa dan tepat waktu.

Harga bermula dari RM250/tripย 

Kapasiti: 44 Tempat Duduk

bas sewa langkawi separuh hari

Lawatan Separuh Hari Persendirian

Terokai keunikan Langkawi dengan Private Half-Day Tour yang disesuaikan mengikut keperluan jadual anda. Pemandu bas kamiย  akan membawa anda ke tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi, sambil berkongsi kisah menarik tentang sejarah, budaya, dan keindahan semula jadi Langkawi.ย 

ย 

Hubungi untuk Quotation

Kapasiti: 44 Tempat Duduk

bas sewa langkawi sepenuh hari

Lawatan Sepenuh Hari Persendirian

Untuk melawat Langkawi keseluran dalam sehari, kami menawarkan khidmat lawatan persendirian sepenuh hari mengikut jadual anda. Lawatan termasuk tempat tarikan dan lokasi pilihan. Bas persiaran kami menjanjikan keseimbangan dalam percutian dan penerokaan ke destinasi pilihan anda di Pulau Langkawi.ย 

Hubungi untuk Quotation

Kapasiti: 44 Tempat Duduk

Mengapa Sewa Bas Langkawi dengan Heavenly Travel?

๐ŸšŒ

Bas Moden

Bas selesa dan diselenggara mengikut piawaian keselamatan.

๐Ÿ‘จโ€โœˆ๏ธ

Pemandu Bas Berpengalaman

Pemandu bas yang arif selok-belok kawasan di Langkawi, mengambil tepat pada masa serta mesra sepanjang perjalanan.

โœ…

Tempahan Mudah & Mengikut Jadual

Pengesahan segera dan mengikut jadual perjalanan anda.

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ

Sesuai untuk Kumpulan Besar

Bas dengan kapasiti 44 tempat duduk. Sesuai untuk rombongan, lawatan sekolah, aktiviti korporat, dan lawatan kerajaan.

Perkhidmatan Bas Untuk Setiap Keperluan

Kumpulan Korporat

Sesuai untuk untuk CSR syarikat, lawatan insentif dan carter korporat dengan pemandu yang tepat masa dan profesional.

Agensi Kerajaan & GLC

Menerima Pesanan Tempatan (LO), e-Perolehan dan aturan tuntutan HRDC untuk perjalanan rasmi.

Lawatan Sekolah & Pendidikan

Pengangkutan yang selamat dan diselia dengan pemandu pelancong tempatan di dalam bas, mengikut keperluan SOP.

Keluarga & Sosial

Majlis perkahwinan, perhimpunan keluarga dan lawatan beramai-ramai dalam satu bas yang selesa.

Pengangkutan VIP & Eksekutif

Pengangkutan bas premium untuk delegasi MICE dan kumpulan eksekutif.

Pengguna Khidmat Bas Heavenly Travel

Perkhidmatan Sewa Bas Terbaik di Langkawi

Terokai Langkawi dengan selesa bersama perkhidmatan sewa bas premium kami. Sama ada untuk acara korporat, penyewaan bas bagi VIP, lawatan rasmi kerajaan, atau percutian keluarga, armada moden kami bersama pemandu profesional memastikan perjalanan yang lancar dan menyenangkan.

Kami menawarkan pengangkutan yang cekap dan boleh dipercayai untuk sewaan korporat, lawatan khas ke destinasi utama Langkawi, perjalanan selamat dan selesa untuk rombongan sekolah. Percayakan kami untuk menyediakan penyelesaian pengangkutan terbaik yang disesuaikan dengan keperluan anda. Sewa bas di Langkawi bersama Heavenly Travel! Hubungi sekarang!

FAQs

Bas persiaran kami mempunyai kapasiti 44 tempat duduk, sesuai untuk trip korporat, kerajaan dan kumpulan besar.

Servis sewaan bas termasuk pemandu berlesen, minyak, bas berhawa dingin, tali pinggang keselamatan, pick-up & drop-off sekitar Langkawi serta pemandu pelancong tempatan.

Ya, pemandu pelancong tempatan adalah wajib mengikut SOP dan peraturan kerajaan.

Tidak, itinerari bas adalah fleksibel dan disesuaikan mengikut keperluan serta bajet pelanggan.

Tempahan awal dan tempahan saat akhir diterima, tertakluk kepada ketersediaan bas.

Scroll to Top